Pada hari ini saya akan menerangkan definisi kuantiti fizik atau physical quantity yang terdapat dalam subjek Physics SPM.
Sebelum itu, definisi bagi
kuantiti fizik ialah satu kuantiti yang boleh diukur dan mempunyai unit.
Topik yang akan saya bincangkan ini mempunyai 4 kuantiti iaitu:-
1. Kuantiti Asas / Base Quantity
- Kuantiti asas atau base quantity ialah satu kuantiti fizik yang tidak boleh diperoleh daripada kuantiti fizik yang lain. Terdapat hanya 5 kuantiti asas dalam fizik iaitu panjang (length), jisim (mass), masa (time), suhu (temperature) dan arus elektrik (electric current).
Berikut ialah contoh kuantiti fizik dan unit SI unit bagi kuantiti fizik tersebut:
|
Table 1 - Some base quantities and their SI unit |
2. Kuantiti Diperoleh / Derived Quantity
- Kuantiti yang diperoleh atau derived quantity ialah satu kuantiti fizik yang diperoleh hasil daripada proses pendaraban dan pembahagian kuantiti asas. Contohnya luas (area), isipadu (volume), ketumpatan (density) dan sebagainya.
Berikut ialah contoh kuantiti yang diperoleh :
|
Table 2 - Some of derived quantities and their unit |
3. Kuantiti Skalar / Scalar Quantity
- Kuantiti skalar atau scalar quantity ialah
satu kuantiti fizik yang hanya mempunyai magnitud sahaja yakni nilai dan
tidak mempunyai arah. Contoh kuantiti skalar ialah
jisim (mass), jarak (distance), kelajuan (speed), isipadu (volume), suhu (temperature) dan masa (time).
- Contohnya :-
i) 10 saat (masa)
ii) 140 km/j (kelajuan)
iii) 5 m (jarak).
4. Kuantiti Vektor / Vector Quantity
- Kuantiti vektor atau vector quantity ialah satu
kuantiti fizik mempunyai magnitud dan arah. Contoh kuantiti vektor ialah
daya (force), sesaran (displacement), halaju (velocity), pecutan (acceleration), berat (weight) dan momentum.
- Contohnya :-
i) 5 N ke sebelah kiri (daya)
ii) 5 m ke utara (sesaran)
Sekian sahaja untuk masa ini. Sebarang pertanyaan boleh diisi di ruangan komen yang disediakan.