Saturday, December 12, 2015

[Physics][Fizik] - Graph Relationship / Hubungkait Graf

Apa khabar semua? Pada hari ini, saya akan menerangkan tentang jenis-jenis hubungkait graf yang terdapat dalam subjek Physics SPM.

Pada asasnya, terdapat hanya 4 jenis hubungkait berkaitan graf iaitu:-


1. Berkadar Terus / Directly Proportional



Graph 1 - y directly proportional with x
Graf 1 - y berkadar terus dengan x

Tips untuk graf berkadar terus / directly proportional:

-Pastikan garisan graf tersebut melalui origin O, koordinat (0,0) dan garisan tersebut mesti lurus.






2. Meningkat Secara Linear / Increases Linearly



Graph 2 - y increases linearly with x
Graf 2 - y meningkat secara linear dengan x

Tips untuk graf meningkat secara linear / increases linearly:

-Pastikan garisan graf bermula pada paksi-y dan garisan tersebut mesti lurus dan semakin meningkat.







3. Menurun Secara Linear / Decreases Linearly



Graph 3 - y decreases linearly with x
Graf 3 - y menurun secara linear dengan x

Tips untuk graf menurun secara linear / decreases linearly:

-Pastikan garisan graf bermula pada paksi-y dan garisan tersebut mesti lurus dan semakin menurun.





4. Berkadar Songsang / Inversely Proportional


Graph 4 - y is inversely proportional with x
Graf 4 - y berkadar songsang dengan x



 Tips untuk graf berkadar songsang / inversely proportional:

-Pastikan garisan graf tergantung dan 'curve' yakni tidak lurus atau not in straight line.





Okay, itu sahaja yang dapat saya sampaikan pada masa ini. Jika ada sebarang komen, boleh sampaikan di ruangan yang disediakan. Terima kasih.

15 comments: